Saturday, 7 November 2020

PKPB seluruh semenanjung malaysia kecuali Perlis, Pahang, Kelantan

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini diperluaskan ke tujuh lagi negeri kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan selama 4 minggu.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) pelaksanaan PKPB di seluruh negeri bagi membolehkan saringan bersasar untuk mengekang pandemik COVID-19.


"Sidang khas hari ini mendengar pembentangan KKM berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.


"PKPB ini dilaksanakan selama empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

geng wokyoh