Thursday, 1 October 2020

PKP akan dilaksanakan semula ?

 


KUALA LUMPUR – “How about all stay at home for a while again?”


Ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter hari ini menimbulkan pelbaga persoalan.

Ia seolah-olah memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula.


Menerusi ciapan itu, Noor Hisham seperti mencadangkan agar semua kekal berada di rumah seketika waktu.

Ia mungkin ada kaitan dengan penularan Covid-19 yang semakin bertambah semula sejak kebelakangan ini terutama di Sabah.


Ini berikutan kes kembali bertambah sehingga mencecah 3 angka . Apa pandangan anda semua jika PKP dilaksanakan semula ,

sudah bersediakah anda jika ini berlaku


Bagaimanapun ia mungkin terjawab dalam sidang media Noor Hisham petang ini.


Sumber : MalaysiaGazette