Thursday, 8 October 2020

Malaysia Sudah Memasuki Gelombang Ke-3 Covid19

 


KUALA LUMPUR: Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Sehubungan itu, Dr Noor Hisham mengingatkan rakyat supaya bersama berpadu tenaga untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan seperti sebelum ini.


"Kita sekarang memasuki gelombang ketiga #COVID19. Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. #KitaJagaKita," katanya dalam hantaran di Facebook di sini, malam ini.


Hari ini sebanyak 375 kes baharu COVID-19 dicatatkan dengan semua negeri dan Wilayah Persekutuan kecuali Perlis mencatatkan kes baharu.


Daripada jumlah itu, 371 adalah penularan tempatan dan empat lagi kes import, dengan kes tertinggi dicatatkan di Sabah sebanyak 271 kes. 



Sumber : BH