Tuesday, 8 September 2020

Warga Bangladesh Mengaku Bersalah Goda Isteri Orang Untuk Melakukan Persetubuhan

 


KUALA TERENGGANU: Padah menggoda isteri orang, seorang lelaki warga Bangladesh didenda sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Marang pada Selasa.

Hukuman itu diputuskan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda selepas tertuduh Abu Taher, 35, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja di sebuah kilang papan didakwa telah memujuk seorang wanita berusia 38 tahun yang juga isteri orang dengan niat akan melakukan persetubuhan haram.

Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta di kawasan Pekan Wakaf Tapai, Marang sekitar bulan April lalu.

Dengan itu tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan itu, ia memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Asisten Superintendan Othman Ibrahim.

Sumber : Astro Awani