Monday, 14 September 2020

Saintis tempatan cipta kit ujian pantas COVID-19

 


KUALA LUMPUR: Sekumpulan saintis tempatan berjaya menghasilkan kit ujian pantas atau 'rapid test kit' pertama di dunia yang mempunyai ketepatan bacaan yang sama dengan ujian dilakukan di makmal.


Inovasi dihasilkan kumpulan saintis diketuai Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim itu turut tersenarai sebagai antara finalis bagi Anugerah Komuniti anjuran universiti berprestij Amerika Syarikat (AS), Massachusetts Institute of Technology (MIT) - MIT Solve Challenge.


Dr Wan Wardatul Amani menjelaskan, kit ujian pantas dihasilkannya itu mampu mengesan COVID-19 menggunakan air liur walaupun kepekatan cecair itu adalah hampir 100 peratus kurang berbanding darah.


Anak kelahiran Pulau Pinang itu menjelaskan, inovasi dihasilkannya itu mampu mengesan COVID-19 walaupun air liur seseorang itu tidak mengandungi banyak virus lain.


Sumber : BH