Saturday, 5 September 2020

3 Wanita Ditahan Berlumba Haram

 


Butterworth: Tiga wanita ditahan selepas didapati berlumba haram dengan menunggang motosikal sambil melakukan pelbagai aksi berbahaya di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), di sini, awal pagi tadi.


Mereka ditahan dalam operasi selama tujuh jam yang berakhir jam 6 pagi tadi bagi membanteras kegiatan mat rempit yang sering menjadikan LLB sebagai 'port' untuk kegiatan itu.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika operasi tiga wanita berusia 21 hingga 32 tahun didapati menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya di lebuh raya berkenaan.


"Mereka disyaki berlumba dari Plaza Tol Bagan Ajam ke arah jejambat Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) sebelum berpatah balik ke plaza tol arah Sungai Dua.


"Mereka kemudian ditahan dan dibawa ke Mahkamah Butterworth untuk mendapat perintah reman," katanya di dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, dua daripada wanita itu bekerja sebagai operator kilang manakala seorang lagi berniaga.


Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing bagaimanapun mendapati kesemua suspek negatif.


Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber : HM