Friday, 28 August 2020

PKPP disambung sehingga 31 Disember

 

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berakhir Isnin ini, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.


Perdana Menteri berkata, pelanjutan tempoh PKPP itu bermakna tindakan penguatkuasaan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih digunakan.


"Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan," katanya dalam perutusan khas disiarkan secara langsung di sini, sebentar tadi.