Saturday, 4 July 2020

Mayat ketujuh mangsa bot karam ditemui


BACHOK: Mayat ketujuh mangsa bot terbalik ditemui hari ini pada jarak 37.1 batu nautika dari Jeti Perikanan Kemasin, pagi tadi.

Mayat ditemui terapung oleh nelayan pada jam 10.30 pagi dan dibawa pulang oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebelum tiba di jeti jam 12.22 tengah hari tadi.

Identiti mangsa belum dikenal pasti. Penemuan itu menjadikan angka korban bot terbalik kepada tujuh orang dengan seorang lagi mangsa belum ditemui.

Dalam kejadian jam 8.30 malam Isnin lalu, tujuh pemancing disahkan terkorban setakat ini dengan seorang masih hilang manakala 12 mangsa selamat apabila bot rekreasi laut yang membawa pelancong terbalik dibadai ribut dan ombak besar di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin, di sini.