Sunday, 5 July 2020

AL-Jazeera memburukkan Kerajaan Malaysia,Bertindak Kejam Terhadap Warga Asing


Al-Jazeera memburukkan Malaysia di mata dunia. Walhal negara Malaysia adalah diantara negara yang berdisiplin dapat mengekang penularan virus tanpa penawar iaitu COVID-19.

Isu warga asingnya dikatakan kerajaan Malaysia bertindak kejam dan tak perikemanusiaan terhadap hak mereka. Tak cukup kejam lagikah sebelum ada wabak virus ni mereka masuk Malaysia sebahagian dari perlarian perang ni buat rumah kedua mereka disini? Yang meniaga tak diganggu, yang buka kedai tiada lesen, yang dah jadi Ayahnda pertubuhan pun ada!

Tak cukup mesra alam lagikah rakyat Malaysia hingga dituduh perkauman?

Semalam Al-Jazeera menerbitkan sebuah dokumentari berdurasi 30 minit memaparkan langkah kerajaan Malaysia menangani Covid-19 yang menurut agensi berita antarabangsa itu sebagai menekan, tidak berperikemanusiaan dan bersifat prejudis terhadap warga asing. PKPD yang kerajaan Malaysia kuatkuasakan terutama di kawasan majoriti warga asing pula digambarkan sebagai brutal dengan operasi gaya junta.

Sumber Video



Report Video