Friday, 15 May 2020

Sepahtu Reunion Al Puasa 2020


Tonton program terbaru Sepahtu Reunion Live AL Puasa 2020 yang akan bermula pada 15 Mei ini. Bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam di Astro Warna dan live streaming di Astro GO. Program ini merupakan idea dan konsep asal oleh Jep Sepahtu sendiri.

Sepahtu bukanlah kumpulan yang asing lagi dalam industri seni negara terutamanya di arena lawak, sitkom dan komedi. Seperti sedia maklum, rancangan Sepahtu Reunion merupakan gandingan empat anggotanya iaitu Jep, Shuib, Rahim dan Ilya atau Pak Ya.

Melihat saja gandingan mereka, pastinya membuatkan ramai peminat melekat di kaca TV untuk menonton mereka dalam rancangan Sepahtu Reunion yang ditayangkan pada setiap Jumaat di Astro.


Walau bagaimanapun, sejak dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19 yang melanda dunia ini, pihak Sepahtu Reunion Live telah menangguhkan untuk bersiaran.

Nantikan celoteh lawak Sepahtu yang dianggotai Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya bersama artis-artis jemputan mereka setiap minggu.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4