Tuesday, 19 May 2020

Perantau bawa pulang Covid-19 baharu ke Kelantan



KOTA BHARU: Kelantan kembali mencatatkan jangkitan COVID-19 dengan kes terbaharu dikesan di Kuala Krai, membabitkan seorang wanita mengandung.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin.

"Daripada maklumat yang saya terima, apa yang kita takutkan selama ini dari segi rentas sempadan.

"Mangsa (pesakit) balik ketika sempadan negeri dibuka baru-baru ini. Secara tidak rasmi, mangsa dikatakan positif dan kini dalam rawatan di hospital," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco di sini, hari ini.

Sumber : BH