Friday, 15 May 2020

Lelaki cuba melarikan diri dari PKPD dicekup


KUALA LUMPUR – Sekumpulan petugas media yang membuat liputan di kawasan Pudu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini dikejutkan dengan aksi kejar mengejar seorang anggota polis dengan seorang lelaki dipercayai warga asing.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika lelaki warga asing berusia lingkungan 30an itu cuba menyelinap masuk ke Plaza Pudu namun, gerak gerinya disedari oleh anggota polis yang berkawal di situ.

Anggota polis berkenaan kemudian menjerit kepada pengawal keselamatan di kompleks berkenaan meminta supaya lelaki itu dihalang dan ditangkap.

Menyedari jeritan anggota polis berkenaan lelaki itu menjadi panik dan cuba bergerak pantas tetapi anggota polis tersebut berjaya memintasnya.

Anggota polis melakukan rondaan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di sekitar kawasan Jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 MEI 2020
Detik-detik itu sempat dirakam beberapa petugas media yang kemudian merakamkan gambarnya.

Lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis bergerak dari balai Cheras untuk disiasat.

Bagaimanapun, MalaysiaGazette masih berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut serta perkembangan mengenai insiden tersebut.

Sumber : MG