Thursday, 28 May 2020

Lebih Banyak Kelonggaran Dijangka Akan Diumum Pada Minggu Pertama Jun Ini


Sekatan ke atas aktiviti sosial serta sektor pendidikan yang bermula di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka dilonggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes C0VlD-19 harian di negara ini kekal pada dua angka bernilai rendah atau satu digit.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan mengenai perkara itu dijangka dibuat pada minggu pertama Jun.

“Jika kita dapat mengekalkan (situasi sekarang) sehingga 9 Jun dan mengambil kira musim perayaan, mungkin kita akan buka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” katanya pada sidang media C0VlD-19 harian di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau meminta masyarakat berganding bahu dengan pihak berkuasa untuk memastikan w4bak tidak menuIar sekiranya perubahan dasar diumumkan.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini, k3s melibatkan rakyat Malaysia menunjukkan penurunan dan peningkatan kes kebelakangan ini disumbang oleh wrga as1ng.

“Jika kita boleh tangani kedua-dua kumpulan, kita boleh turunkan lagi jumlah kes selain melihat sama ada musim perayaan ini membawa impak jngkitan membabitkan rakyat Malaysia,” katanya.

Kerajaan melaksanakan PKP bermula 18 Mac lepas dan dilanjutkan sehingga 12 Mei sebelum bersambung dengan PKP Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan tamat pada 9 Jun dengan kebanyakan sektor ekonomi dan sosial dibuka semula secara terkawal.

Dr Noor Hisham berkata perubahan strategi daripada PKP kepada PKPB menunjukkan kejayaan yang turut disumbang oleh komitmen masyarakat.

Justeru, beliau berharap orang ramai akan terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerana tangggungjawab, disiplin serta pematuhan masyarakat amat penting bagi memutuskan rantaian jngkitan C0VlD-19 di negara ini.

Sumber: BERNAMA