Tuesday, 26 May 2020

Kerajaan tak akan tunduk kepada 'pembela' PATI


KUALA LUMPUR : Tindakan menahan dan menyaring pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada COVID-19 akan diteruskan bagi memastikan wabak itu dapat dikawal dan tidak terus menular dalam kalangan rakyat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan bahawa tindakan itu akan diteruskan kerana ia bukan satu bentuk amalan diskriminasi terhadap PATI yang melanggar undang-undang negara.

Sebaliknya kata beliau, tindakan tegas kerajaan itu bertujuan menjaga serta memastikan kepentingan dan keselamatan umum, khususnya rakyat yang majoriti patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Walau apa pun desakan daripada kumpulan ini kepada kerajaan, kita tidak akan tunduk kepada kehendak mereka kerana tindakan kita adalah untuk menjaga kepentingan dan kesihatan rakyat," katanya pada sidang media harian mengenai PKPB di Putrajaya, hari ini.

Sumber : BHgeng wokyoh