Wednesday, 27 May 2020

Dari henti jual arak, baik henti jual kenderaan elak kemalangan - MP DAP


Kuching, 27 Mei: Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii secara sinis mencadangkan supaya penjualan kereta dihentikan kerana ia boleh menyebabkan kemalangan.
Bagaimanapun status berkenaan telah di padam selepas menerima kecaman .

Beliau berkata demikian di laman facebooknya sebagai mengulas kenyataan ketua penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad  yang menggesa penggantungan penjualan arak  berikutan kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi.

Selain itu, kata Dr Kelvin Yii turut bercadang supaya penjualan motorsikal, basikal, rokok dan gula dihentikan kerana ia boleh menyebabkan isu Mat Rempit, basikal lajak, kanser dan kencing manis.

Pada 24 mei lalu, Kementerian Pengangkutan melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD) sedang menjalankan soal selidik dalam talian mengenai “Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk”.

Kementerian itu melalui kenyataannya  memaklumkan soal selidik itu bertujuan mendapatkan maklum balas dan pandangan orang awam berhubung kandungan alkohol yang perlu dibenarkan dalam undang-undang atau peraturan yang akan dipinda di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].