Sunday, 31 May 2020

Ada lagi yang cuba untuk ziarah Aidilfitri


KUALA LUMPUR : Masih terdapat individu yang dikesan cuba melakukan ziarah Aidilfitri termasuk percubaan untuk merentas negeri.

Pada hari raya ketujuh semalam, satu kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ziarah Aidilfitri dan 144 kompaun di sekatan raya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semalam PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 457 individu kerana ingkar Perintah Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Sebanyak 169 kompaun dikeluarkan di lapangan dan daripada jumlah itu, sebanyak 144 kompaun dikeluar di sekatan jalan raya.

"Antara negeri yang mencatat pengeluaran kompaun tertinggi dalam cubaan rentas negeri adalah Perak (42), Selangor (32) serta Pulau Pinang dan Johor (24)," katanya dalam sidang media harian hari ini.

Sumber : BH