Tuesday, 31 March 2020

Cara pendaftaran akaun i-lestari memalui email




Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP juga boleh melakukannya secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)

Sudah pasti jika anda memohon kemudahan pengeluaran ini secara e-mel ataupun pos ianya akan mengambil sedikit masa dan ada kemungkinan dokumen yang anda hantar tidak sampai ke tangan pihak KWSP atau tercicir.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akses ke i-Akaun (Ahli) tak perlu bimbang kerana anda boleh memohon untuk berbuat demikian dengan bantuan pihak KWSP secara dalam talian sahaja.

Ahli kini boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan seperti berikut:

1-Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel; (klik di sini untuk muat turun   borang); dan
2-Lampiran MyKad (depan dan belakang); dan
 *Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
 *Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (cth: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran
deposit) ; atau
 *Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna
prabayar.
 *Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli

Jika pengesahan berjaya, Ahli akan:

Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli)
Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.

Ahli hendaklah membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.geng wokyoh