Saturday, 28 March 2020

Cara mohon bantuan RM100 sehari akibat covid-19


Cara mohon Bantuan RM100 Sehari akibat COVID-19

Cara mohon Bantuan RM100 Sehari akibat COVID-19 | Bantuan Khas COVID-19 oleh agensi Pengurusan Bencana (NADWA) menyediakan kepada seluruh rakyat malaysia yang terkesan akibat daripada penularan COVID-19 dengan syarat-syarat tertentu. Berikut adalah maklumat untuk membuat permohonan.






Syarat Permohonan

Pemohon hendaklah berstatus warganegara Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji oleh majikan sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

Warganegara malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh mendapatkan rawatan di wad hospital (warded) disebabkan virus COVID- 19.

Bantuan yang diberikan

Mereka yang menepati kriteria akan diberikan wang bantuan sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh perintah kawalan atau sepanjang tempoh warded.
Bantuan akan diberikan secara one-off (Sekali sahaja) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19.
Cara Memohon

Mereka yang melepasi syarat-syarat permohonan hendaklah memohon secara manual dengan menggunakan Borang dan beberapa dokumen-dokumen seperti berikut.

Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)

Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)

Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
Borang permohonan hendaklah dimuat turun di laman sesawang rasmi Portal Rasmi NADMA dipautan kami telah berikan dibawah

Muat Turun : Borang Permohonan