Sunday, 29 March 2020

Bantuan Prihatin Nasional - 1 APRIL Untuk Permohonan baru



CARA MOHON

Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook mereka memaklumkan permohonan baru boleh dibuat bermula 1 April menerusi laman web rasmi LHDN.


Berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak.

Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan nanti.

Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.


JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Terdapat empat kategori penerima iaitu:

Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas
Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut:



Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.

RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.

Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei.

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.

Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei.