Wednesday, 25 April 2018

Johor mahu baham kelantan cukup cukup

Gambar : Johor DT


Sebaik tersingkir dari saingan Piala AFC, JDT kini menumpukan sepenuhnya kepada aksi Liga Super menentang Kelantan pada Sabtu dan tekad membawa pulang tiga mata dari Kota Bharu sebagai pengubat duka.

Harimau Selatan gagal meneruskan kemaraan walaupun menang ke atas Song Lam Nghe An dan sebelum itu mereka sudahpun tersingkir dari Piala FA berikutan kekalahan kepada Pahang.

Dengan tiada lagi komitmen dalam pertandingan lain, Raul Longhi mahu pemainnya 'all out' dalam saingan Liga Super - kemenangan ke atas Kelantan yang dihimpit pelbagai masalah dalaman akan dapat mengukuhkan cengkaman mereka di kedudukan teratas.

Apakah sang harimau dapat meratah daging kijang Sabtu ini, atau bakal jatuh terduduk kerana tersalah masuk kandang?