Kejadian yang dipercayai dirakam pada Sabtu lalu itu dimuat naik
oleh bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Zack menerusi akaun Facebook
miliknya.
Menurutnya, anak perempuannya itu mengalami kerugian kira-kira
RM1,400 dan lebih aneh, ketika kejadian berlaku, tiada sesiapa pun yang
menyedarinya.
“Assalamualaikum sahabatku, tolong viralkan video ini. Kejadian
pukau di Kuala Lumpur oleh warga asing. Dalam video itu adalah anak saya.
Kerugian RM1,400.
“Memang bijak
diorang ini. Menurut anak saya, dia kena bayar balik duit itu kepada
majikannya. Tak adillah begitu, kasihan anak saya,” katanya dalam kapsyen video.
Melihat pada rakaman, warga asing yang dipercayai berasal dari
negara Timur Tengah itu pada mulanya cuba membayar dua air kotak jenama Milo
dengan hanya menggunakan dua keping wang kertas RM1.
Wang yang diletakkan di atas kaunter itu kemudian diambil oleh mangsa,
sambil memaklumkan yang ia masih tidak mencukupi dan perlu ditambah beberapa
ringgit sahaja lagi.
Suspek kemudian meminta dipulangkan semula dua keping wang
kertas itu dan ia digantikan dengan sekeping RM5.
Bagaimanapun, suspek lelaki secara tiba-tiba cuba menunjukkan
kepada mangsa wang RM5 itu seakan rosak dan perlu diganti.
Pada saat inilah ilmu pukau pasangan terbabit dipercayai telah
dipraktikkan dan mangsa pula dilihat ‘terdiam’ seketika dan hanya mampu
menuruti permintaan mereka.
Suspek lelaki tersebut malah dilihat secara selamba mengaut
sejumlah wang dari mesin simpanan wang dan kedua-dua pasangan itu tidak lama
kemudian beredar.
Ekoran kejadian, mangsa telah dituduh cuai oleh pihak majikan
dan lebih malang lagi, dia perlu membayar ganti rugi terbabit atau akan
diberhentikan kerja.
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa berwaspada
apabila berurusan dengan warga asing terutamanya pekerjaan yang melibatkan
urusan wang, bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
Sumber: MYNEWSHUB