CoC sememangnya satu permainan yang amat popular di dunia di
mana si pemainnya memerlukan jangka masa yang lama untuk memperkuatkan kubu dan
tentera masing-masing.
Para pemain CoC sanggup membelanjakan ribuan ringgit semata-mata mahu mengambil jalan singkat mengatasi kubu dan tentera pemain lain, sehingga ada yang ketagih dengan permainan ini.
Para pemain CoC sanggup membelanjakan ribuan ringgit semata-mata mahu mengambil jalan singkat mengatasi kubu dan tentera pemain lain, sehingga ada yang ketagih dengan permainan ini.
Printscreen seorang wanita di Facebook menjadi viral di media sosial berikutan
luahan hatinya mengenai sikap si suami mengabaikan hal rumahtangga mereka
angkara ketagih permainan Clash Of Clans (CoC).
Menurut Syeera Saim, suaminya menghabiskan masa 24 jam bermain
permaina Internet tersebut sehingga tidak menghiraukannya dan anak-anak.
“Dah la balik rumah seminggu 3 kali je sebab suami kerja bawa
lori hantar barang. Setiap kali balik rumah tak pernah nak layan anak dulu
ke…main dengan anak ke…mesti dia utamakan game dia tu seolah-olah game tu nyawa
yang pertama untuk dia,” katanya.
Menurut Syeera lagi, dia pernah menegur suaminya itu tetapi
balasannya, dia dimarahi balik oleh suaminya.
Semoga para suami di luar sana menjadikan luahan hati Puan
Syeera ini sebagai pengajaran agar tidak mengabaikan tanggungjawab kepada
keluarga.
Sumber: Terengganu Times