Di India sahaja, sebuah kawasan pelacuran yang dikenali sebagai
Sonagachi dikatakan sebagai kawasan lampu merah yang terbesar di Asia
mengalahkan kawasan-kawasan lampu merah yang terdapat di sekitar Bangkok di
Thailand atau di Jakarta di Indonesia.
Terletak di bandar Kalkota, dilaporkan terdapat kira-kira
14,000 orang pelacur yang tinggal di dalam ratusan rumah-rumah pelacuran yang
terletak di kawasan lampu merah ini.
Kebanyakkan wanita yang menjadi pelacur di kawasan
ini bukannya bekerja di atas dasar rela tetapi sebenarnya menjadi
mangsa kepada sindiket pelacuran yang menjerat mereka untuk menggadaikan tubuh
dan harga diri hanya untuk sesuap nasi.
Namun ada segilintir yang memilih untuk menjadikan pelacuran ini
sebagai sebuah profession tetap kerana mampu menjana pendapatan yang lumayan
berbanding dengan pekerjaan yang pernah mereka cuba sebelum ini.
Aktiviti pelacuran di kawasan ini bermula seawal
pukul 8 pagi
Sekiranya anda datang bersendirian, anda pasti
akan menjadi ‘mangsa’ di kawasan ini.
Mungkin ada yang dah terbayang suasana tipikal rumah
pelacuran di mana wanita sedang ketawa girang disertai dengan alunan muzik
yang membingitkan tetapi percayalah, segalanya tidak ada di Sonagachi.
Wajah mereka yang ‘suram’, walaupun tidak menangis
tetapi kita dapat rasakan kesedihan di wajah dan hati setiap daripada mereka.
Ramai anak gadis yang baru berusia 13 dan 14 tahun
telah ‘tercampak’ di lembah maksiat ini.