Seorang pemilik sebuah tadika di Tampoi, di sini yang dipercayai menghadapi tekanan bertindak menggantung diri di kediamannya di Taman Damansara Aliff, di sini, pagi tadi.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitendan Beh Eng Lai berkata, mangsa,
Lim Kon Lin, 57 ditemui oleh anak saudaranya kira-kira jam 9.50 pagi yang
kemudian menghubungi polis.
"Siasatan
awal di tempat kejadian mendapati mangsa tinggal bersama emaknya yang sudah
uzur serta lumpuh.
"Mangsa
juga telah bercerai dengan suaminya dan mempunyai seorang anak perempuan
berumur 25 tahun yang bekerja di Singapura.
"Mangsa
merupakan seorang guru dan pemilik sebuah tadika," katanya dalam
kenyataan, di sini, hari ini.
Eng
Lai berkata, siasatan juga mendapati mangsa dipercayai menghidap penyakit
kanser payudara.
"Kebelakangan
ini mangsa dipercayai mengalami masalah tekanan emosi yang enggan dikongsi.
Mangsa juga turut meninggalkan nota bunuh diri dalam tulisan cina di atas meja.
"Dalam
surat berkenaan mangsa meminta anak perempuannya menjaga diri dengan baik serta
hendaklah menghormati bapanya serta memberitahu dia ingin mati kerana
sakit," katanya.
Beliau
berkata, semakan pada mayat mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan
serta unsur jenayah.
"Bedah
siasat telah dijalankan di Hospital Sultanah Aminah kira-kira jam 2 petang
tadi," katanya.
Sumber:
Sinar Harian Online