Berpusing ditempat yang sama beberapa
kali ketika cuba melakukan aktiviti meredah hutan namun akhirnya sesat secara
bersendirian di Bukit Beruang, semalam.
“Saya rasa lebih tiga kali saya
berpusing di tempat sama dan memanjat serta melangkah pokok tumbang yang sama,
hingga meremang bulu roma apabila bermacam-macam bermain di
fikiran,” katanya.
Menurut Zarrith Iskanda, 24,
memulakan pendakian jam 8.30 pagi bersama rakannya, Baizura Abd Aziz, 24, namun
sampai separuh jalan pendakian, rakannya itu berhenti dan mengalah.
“Kami naik melalui laluan bertar, tapi
Baizura kepenatan dan tidak mampu, lalu dia turun bersendirian dari bukit dan
menunggu saya di bawah. Saya pula teruskan perjalanan melalui jalan itu hingga
ke puncak,” kata Zarrith Iskandar, dari Bukit Baru, yang memulakan
pendakian jam 8.30 pagi.
Dia yang bekerja sebagai juruwang kafe,
mengambil keputusan menggunakan trek pendakian untuk turun dari puncak bukit
itu.
“Ketika saya menuruninya, hujan mula
lebat dan saya melalui tali serta tanda laluan meredah hutan, namun saya yakin
berpusing di tempat sama,” katanya.
Katanya dia mencuba menghubungi Baizura
agar mendapatkan bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
tetapi gagal.
Akhirnya dia cuba menghubungi sendiri
APM dan berjaya mendapatkan bantuan.
Ini merupakan pertama kali dia terlibat
dengan aktiviti tersebut.
Sumber: Cerita Viral
geng wokyoh