KUALA BERANG – Seorang pelajar perempuan tingkatan lima Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Jenagor, di sini terjatuh dari tingkat satu
bangunan sekolah akibat histeria, pagi tadi.
Kejadian pada 7.20 pagi itu menyebabkan sesi persekolahan
berhenti seketika.
Mangsa sebelum ini bersekolah di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, dan
baru sahaja berpindah ke sekolah itu pada 3 Januari lalu.
Bapa mangsa, Ramlee Sulong mendakwa, anaknya mengalami
kemurungan dan sering berhalusinasi sejak dua tahun lalu.
Mangsa dihantar ke Madrasah Khairul Insan, Jenagor, untuk
memulihkan penyakit kemurungannya.
Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian kepala dan dibawa
ke Hospital Hulu Terengganu untuk menjalani pemeriksaan lanjut
Sumber: Sinar Online