POLIS
Thailand menahan pelancong Britain berikutan kejadian seorang wanita maut
terjatuh dari beranda hotel dii Pattaya, dipercayai ketika pasangan berkenaan
melakukan seks.
Lelaki itu, Reece
Vella, 25, ditahan petang semalam, selepas pekerja bar, Wannipa Janhuathon, 26,
ditemui mati awal pagi Sabtu lalu.
Mayat wanita itu yang
mengalami kecederaan teruk di kepala serta patah di beberapa bahagian badan,
ditemui di bawah hotel dalam keadaan bogel bersama setengah bungkus dadah
perangsang seks.
Menurut Daily Mail,
polis menggeledah bilik lelaki itu dan menemui pakaian serta kondom sudah
digunakan namun Reece tiada dalam bilik.
Ketika
ditahan, lelaki dari Birmingham itu didapati memiliki dia telefon bimbit dengan
satu daripadanya polis percaya milik Wannipa.
Reece yang sudah berada
di Thailand sejak empat bulan lalu, mengaku membawa wanita itu ke biliknya dan
mangsa terjatuh ketika mereka melakukan hubungan seks di beranda.
Dia mendakwa terkejut
dengan kejadian itu dan berpindah ke hotel lain.
Menurut polis, lelaki
itu boleh didakwa cuai hingga menyebabkan kematian dan tinggal melebihi tempoh
visa di Thailand serta mencuri motosikal pada malam kejadian.
Sumber:
Harian Metro