Thursday, 4 January 2018

KOLESTEROL TINGGI? – 10 Makanan Yang Perlu Dielakkan!!!



Terdapat banyak makanan yang memberikan nikmat untuk dimakan. Malangnya, kebanyakannya tinggi kandungan garam, lemak dan kolesterol  yang seharusnya terutama yang tinggi kandungan kolesterol atau mengalami serangan jantung. Jumlah kolesterol yang dicadangkan diambil sehari bagi individu dewasa 300 mg atau kurang 200 mg bagi pesakit jantung koronari. 

Di bawah disenaraikan 10 pesalah yang kaya kolesterol:-


1.    Makanan laut seperti tiram, kupang, ketam dan kima mengandungi kolesterol yang tinggi bergantung pada saiz hidangan sebagai contoh, kaki ketam mengandungi sehingga 71 mg kolesterol bagi setiap hidangan, udang kara (61 mg) dan tiram (58 mg) keju krim sangat lazat terutama jika disapu pada begel sewaktu sarapan pagi tetapi I oz (enam sudu teh) keju krim mengandungi sehingga 27 mg kolesterol. Sekiranya saiz hidangan sebenar keju krim yang diambil dicampurkan, peratusanya menjadi sangat besar berbanding jumalah dibenarkan.



2.    Harga yang tinggi menghalang ramai  menikmati hidangan ini secara kerap. Dan ia satu  pekara baik kerana memandangkan cavial (telur ikan sturgeon yang dimasinkan) kaya kolesterol dan garam. Individu yang tinggi  kolesterol harus  menghadkan pengambilan kerana 100g caviar mengandungi  sehingga 588 mg kolesterol-196 peratus daripada jumlah yang diambil sehari.



3. Tidak ramai yang mengambilnya, namun daging itik menjadi kegemaran bagi sesetengah etnik dan restoran. Dikategorikan sebagai daging berminyak, rasa daging itik yang unik terhasil daripada kandungan protein, zat besi dan vitamin B yang tinggi. Malangnya, ia juga kaya dengan kolesterol. Satu hidangan daging itik boleh mengandungi sehingga 100 mg kolesterol atau lebih.



4.  Kolesterol hadir daripada organ haiwan (meskipun agak sukar membayangkan ais krim adalah sebahagian). Disebabkan kandungan tenusu, ais krim tersenarai sebagai makanan berkolesterol tinggi. Dianggarkan 3.5 oz (satu cedok) ais krim boleh mengandungi sehingga 45 mg kolesterol. Paras kolesterol semakin tinggi sekiranya ais krim hadir dengan perisa. Ais krim berperisa vanila misalnya mengandungi 80 mg kolesterol.



5.  Menikamati kek, biskut dan pemanis mulut sememangnya mengasyikkan. Namun anda harus beringat kerana 1 sudu besar mentega mengandungi 30 g kolesterol atau 10 peratus daripada pengambilan yang dicadangkan sehari.


6.    Udang sebenarnya mengelirukan kerana rendah lemak tetapi kaya kolesterol. Cara terbaik untuk menikmati ialah makan secara sederhana. 100 g udang mengandungi 65 peratus daripada jumlah kolesterol yang disarankan diambil sehari, namun seekor udang yang bersaiz besar hanya mengandungi 3-4 peratus kolesterol.


7.   Bakon yang diperbuat daripada daging khinzir mencetuskan rasa unik yang amat digemari jika dicampurkan dalam pelbagai resipi. Tetapi sekeping bakon mengadungi 9 mg kolesterol dan 5 mg lemak tulen, yang mana harus dielakkan oleh mereka yang mengawal tahap kolesterol.


8.    Begitu juga dengan kuning telur, yang merupakan makanan paling tinggi kolesterol – 1.234 mg per 100 g hidangan atau 411 peratus daripada paras pengambilan kolesterol setiap hari.


9.    Secara purata sebiji burger yang tipikal mengandungi antara 60-150 mg kolesterol, manakala nuget ayam mengandungi 30-50 mg kolesterol.



10. Menu sarapan makanan segera merupakan hidangan terburuk. Hidangan sarapan berasaskan telur dan sandwic mengandungi 260 mg kolesterol (saiz besar sebanyak 465 mg)

Sumber: iSIHAT


Load disqus comments

0 comments