Wednesday, 3 January 2018

Kanak-Kanak Darjah Satu Korban Pertama Mangsa Banjir Di Pahang


KUANTAN - Seorang kanak-kanak menjadi korban pertama banjir selepas jatuh ke dalam parit di tepi sawah padi ketika bermain bersama adiknya di Kampung Padang Jaya, Jalan Sungai Lembing di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Muhammad Faris Aqeel Mohd. Afif, 7, pelajar tahun satu Sekolah Rendah Islam Abim Indera Mahkota 2 di sini dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam parit tersebut bersama adiknya, Muhammad Firas Adam, 5.

Bapa Mangsa, Mohd. Afif Abd. Razak, 32, mengetahui kejadian berkenaan selepas dimaklumkan jirannya yang telah menyelamat Firas.

"Saya nampak selipar Faris dan terus terjun ke dalam parit yang dalamnya lebih lapan meter dan memui mayatnya di dasar.

"Saya cuba beri bantuan pernafasan namun dia sudah tiada.

" Dia anak sulung saya, harapan keluarga. Baru dua hari saya sempat hantar dia ke sekolah" katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini hari ini.

Mangsa telah dihantar ke HTAA untuj bedah siasat manakala adiknya kini berada di unit kecemasan untuk rawatan lanjut.
Load disqus comments

0 comments