Tuesday, 16 January 2018

Ibu Jari Tangan Tersepit Mesin Gerudi



SEBERANG PERAI – Seorang pekerja kilang kayu warga Bangladesh terpaksa menahan kesakitan apabila ibu jari tangan kirinya tersepit pada sebuah mesin hidraulik ketika bertugas di kilang itu di Sungai Baong, Nibong Tebal di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira sejam bagi mengeluarkan mata gerudi yang tertusuk pada ibu jari mangsa itu.



Jurucakap itu berkata, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas bagi melakukan usah itu yang dilakukan di Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini.

Beliau berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat sebagai pesakit luar. 


Load disqus comments

0 comments