KUALA LUMPUR – Pelakon
dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari ditahan selepas dipercayai
menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.
Menurut sumber, dalam
kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu
dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota
Damansara.
“Dia disyaki berada di
bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,”
katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua
Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika
dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Sumber: Terengganu Times