Wednesday, 10 January 2018

Anak Diejek Miskin Hanya Kerana Tiada Alat Tulis ‘Sminggle’


Seorang bapa kecewa apabila anaknya mengadu dia diejek miskin hanya kerana tidak memiliki barang-barang Smiggle seperti rakan-rakannya yang lain.

Menurut Hazrezal Ahmad, ibu bapa sepatutnya mengajar anak berhati-hati dalam pertuturan agar tidak menyakiti hati rakannya secara tidak sengaja.

Jangan dipandang remeh perkara seperti ini kerana jika ibu bapa tidak bertindak awal, anak-anak akan terbawa perangai yang suka menilai orang lain sesuka hati sehingga tidak tersedar terguris hati mereka. Didiklah anak dengan baik, jangan ajar mereka memandang rendah pada orang miskin kerana tiada sesiapa yang ingin hidupnya dalam keadaan miskin.

Ikuti perkongsian Hazrezal Ahmad di bawah. Semoga bermanfaat.

“Babah, kawan-kawan saya cakap saya orang miskin.”
Begitulah ungkapan anak aku selepas pulang dari sekolah semalam. Bila ditanya kenapa, dengan muka sedih dia jawab,

“Kawan-kawan dalam kelas ramai yang ada barang Smiggle. Bila diorang tengok saya tak ada barang Smiggle, diorang kata saya orang miskin.”

Ya, Smiggle. Sejenis brand menjual fashionable stationery dengan harga premium untuk kanak-kanak especially perempuan. Selepas mendengar si anak mengadu, aku berasa sedih. Bukan sedih sebab dihina miskin, tapi sedih bila budak sekolah pun ada sikap menilai kawan-kawan hanya dengan melihat barang apa yang kawan dia miliki.

Ibu bapa memang berhak beli apa saja untuk anak mereka, tetapi janganlah sampai anak memiliki mindset yang salah. Anak-anak yang mengata kawan mereka miskin kerana tak ada Smiggle, sebenarnya ibu bapa merekalah yang miskin. Mereka ini jenis miskin minda.

Bila masuk outlet, terkejut tengok harga mahal. Selepas itu cakap pada anak tak payah beli sebab mahal, orang kaya saja boleh beli barang macam ini dan macam-macam lagilah jawapan diberi.

Selepas beberapa waktu, ibu bapanya belikan juga. Anak yang melalui proses tadi secara tak langsung akan faham bahawa orang banyak duit saja boleh beli. Jadi bila mereka lihat kawan tak ada Smiggle, mereka sangka kawan mereka miskin.

Lama-kelamaan bila mereka dewasa, mereka akan banyak buat penilaian yang salah terhadap banyak perkara.

Sumber: Hazrezal Ahmad