SESETENGAH
orang mempunyai hobi yang pelik dengan memakan sesuatu yang tak boleh dimakan
seperti rambut, batu bata, pelbagai jenis skru, sabun, kaca dan banyak lagi.
Paling
menggelikan, seorang wanita ini yang bukan saja mengumpul tahi sendiri tapi dia
juga makan tahinya sendiri sejak 13 tahun lepas.
Wanita
tersebut dikenali sebagai Shanna, tinggal bersama ibunya di Washington, Amerika
Syarikat, selesa hidup bersama tahi sendiri.
Dia
dikesan menghidapi hoarders iaitu suka mengumpul sesuatu hingga memudaratkan
diri sendiri dalam keadaan mental yang kurang sihat.
Menurut
Shanna, rumah didiaminya tiada sistem kumbahan menyebabkan dia terpaksa mencari
jalan bagaimana cara untuk membuang najisnya.
Jelasnya,
dia akan membuang air besar di dalam sebuah baldi besar dan kemudian akan
dituang dalam beberapa botol jika ianya penuh.
Oleh
itu, terdapat banyak botol bersaiz besar yang dipenuhi najisnya sendiri serta
mengeluarkan bau yang sangat busuk.
Oleh
kerana terlalu lama hidup bersama najis sendiri, Shanna tidak dapat membezakan
yang mana betul atau tidak serta baru mengetahui najis manusia sebenarnya
mengeluarkan bau.
Pengusaha
Clutter Cleaner, Matt Paxton, melawat Shanna dan menasihati ahli keluarganya
yang lain semasa ahli keluarga Shanna dipanggil untuk melihat keadaan Shanna di
rumahnya bersama seorang pakar terapi psikologi, Doktor Robin Zasio.
Mereka
melihat bagaimana Shanna membuat demonstrasi cara menuangnya ke dalam botol
daripada baldi besar itu. Gelinya!
Malah,
dia menganggap makanan berbungkus dengan plastik adalah bersih dan dia juga
akan makan roti yang sudah berkulat selepas membuang kulat di atas roti
tersebut selain makan tahi dan air kencing sendiri.
Kini,
Shanna sedang menjalani pemulihan mental dan ahli keluarga menempatkannya di
rumah lain sementara mencari pusat mental yang sesuai untuknya.
Sumber:
Terengganu Times