Gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kita
pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru. Golongan remaja khususnya seakan
tidak dapat lari dari masalah yang melibatkan etika dan moral. Justeru itu, ibu
bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membendung anak-anak daripada
terus terjerumus.
Di facebook, Baitus Solehah ada berkongsi kisah yang
sangat mengejutkan. Bayangkan lelaki ini sanggup tanam bayinya yang baru lahir
demi menutup kegiatan maksiat. Lebih menyedihkan, kedua pasangan yang masih
muda ini seperti tiada perasaan.
Budak Perempuan Serah Diri
Teman Lelaki Tanam Bayi Baru Lahir
Jam hampir 12.00 tengah malam, saya dikejut
berita sepasang kekasih ke Jabatan Kecemasan kerana pasangan perempuan
mengalami tumpah darah. Kononnya mengalami pendarahan.
Selepas scan, Bila cek vigina dan batuk, terus
terkeluar uri. Melihat kepada keadaan uri, perempuan ini baru melahirkan anak
dan kandungan dalam lingkungan 8 bulan.
Selepas dilahirkan teman lelaki bertindak
menanam bayi yang baru dilahirkan di sebuah kampung.
Pengajaran dari kejadian ini,
1. Cerita ini tidak terbongkar sekiranya teman
perempuan tidak mengalami tumpah darah.
2. Tidak sesiapa pun yang tahu apa sebenarnya
akan berlaku apabila telah mengandung, samada hidup atau mati, samada selamat
atau koma.
3. Jangan pandang mudah, dah berzina, beranak,
anak boleh ditanam hidup hidup untuk tutup cerita.
4. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Tidak
akan membiarkan maksiat berterusan.
Maka mana mana pasangan kalau dah berzina
jangan pandai pandai nak tutup maksiat dengan menyembunyikan kandungan dan
kelahiran. Cukup cukup sudah dosa dosa yang dilakukan, bertaubatlah!
Sabit kesalahan pasangan ini ialah
menyembunyikan kelahiran hingga menyebabkan kematian. Membunuh!
Sumber: Cerita Viral
geng wokyoh