Friday, 15 December 2017

Suami aku nak kawen lain... Aku kata mampu ke? kawen la.


Suami aku nak kawen lain... Aku kata mampu ke? kawen la. Di jawab mampu. Dia gaji 6k aku 5k. Lpas dia kawen aku tak nak da bayar segala kewajiban dia. Aku tak kacau gaji aku. Dia marah aku tak tolong dia lagi kata aku melampau. Aku jawab la ko ikut sunnah aku ikut kewajiban. Kata mampu jadi buktikan.Dia langsung tak mampu. Mana hutang lagi. Nafkah aku dia dah culas.. Hebat btul kan...

Aku biarkan semua dahulu. Anak-anak pun da meluat dekat dia dengan perangai dia dah tak tenang kat rumah. Anak-anak tak payah ajar dah pndai menilai la. Bil-bil segala dia tak bayar. Dah begelap rumah elektrik kena potong. Takpe, aku suruh anak-anak bersabar. Aku suruh dia bayar semuanya, lagi sekali dia tetap tak nak. Jangan kau menyesal wahai suami! Dalam diam aku plan nak pindah kat sabah negeriku tercinta.

Segala harta aku kat sini aku jual. Kereta aku ada dua. Dia bagi kereta aku satu kat bini muda dia. Demi Allah aku Tak redha guna harta aku. Aku minta dipulangkan dia tak nak. Aku balik kat sabah bercuti 2 minggu sambil urus perpindahan sekolah anak-anak aku. Di Sabah juga aku tuntut fasakh kat Kota Kinabalu. Lepas dua minggu aku balik KL. Dia pulang rumah marah surat tuntutan fasakh sampai kat dia.

Aku cakap la. Ko tak mampu. Rumah ni dah ko serahkan segala tangungjawab kat aku. Baik aku takde laki. Perangai ko da mcm ni. Takpela ko kan kebal nak tongkah dosa dunia. Aku bagitau smua tentang perpindahan aku dan anak-anak. Dia menangis meraung. Tak guna dah menangis wahai suami dah terlambat... Hati ku dah tawar..

Rasa percaya tu mungkin boleh dipupuk tapi rasa hormat yang hilang ini tak mungkin ko dapat smula. Aku dah tak nak hormat setia dan taat pada mu lagi... Sebab ko yang ajar aku semua tu.. Ko tak pernah bimbing aku jadi isteri solehah.. So rumahtangga ni untuk apa.. Bermula la kerja aku kat sabah. Kami pun dah berpisah.. Bila renung jauh-jauh tak pernah sangka jadi begini. Zaman ni dorang paksa diri mampu sebenarnya tak. Ada hati tolong orang, isteri sndiri pun tak pernah berjemaah ..

Lepas berpisah kereta aku yang bini dia gunakan aku suruhla pulangkan. Tp dorang tak nak. Aku jual kat bestfriend aku tempat kerja lama. Aku bagi kunci lain. Dia p la ambik bagitau dia dah beli. Bini ex aku tu mengamok dia whatapps aku macam-macam.. Aku krik..krik je.. takda faedah... Tenang hdup aku sekarang.. Hanya perlu jaga anak dan diri sendiri tak susah pon.. Bebas kesana kemari tak payah minta izin segala..

Aku benci lelaki bagitau sebab aku juga adalah mangsa kehancuran rumahtangga ibu dan ayahku... Ayahku yg kejam smpai kehari tak ada ruang dia dihati aku...nantila aku cerita pula ya... Kalau ada nak follow la... Hahaha. Nak bersiap p kerja...



Load disqus comments

0 comments