Friday, 22 December 2017

Siapakah Mangsa Serangan Kanser Usus


Kanser usus merupakan kanser ketiga yang lazim berlaku di dunia selepas jantung dan payudara. Walaupun kanser usus acap kali dibincangkan, namun masih ramai yang mempunyai pelbagai anggapan yang kurang tepat mengenai penyakit ini.

Antara tanggapan silap oleh segelintir masyarakat:

MITOS 1:
Hanya golongan yang sudah berusia sahaja yang mendapat kanser usus.
FAKTA:
Segelintir pesakit yang mendapatkan rawatan bagi kanser usus sebenarnya terdiri daripada golongan muda, malah ada juga yang berumur seawal 17 tahun! Namun biasanya, pesakit seperti ini mempunyai masalah genetik yang menyebabkan mereka mendapat kanser usus pada usia yang muda walaupun tidak mempunyai sebarang faktor risiko mahupun sejarah keluarga.

MITOS 2:
Lelaki lebih berisiko mendapat kanser usus.
FAKTA:
Ya lelaki lebih berisiko berbanding wanita. Di Malaysia sendiri, kanser usus menjadi pembunuh nombor satu kepada golongan lelaki dan kedua kepada golongan wanita selepas kanser payudara.

MITOS 3:
Saya mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus. Ini bermakna saya juga berpeluang tinggi untuk mendapatnya.
FAKTA:
Tidak semestinya. Namun, jika ahli keluarga terdekat menghidap kanser usus pada usia 45 tahun dan ke bawah, anda disarankan untuk berjumpa doctor.

MITOS 4:
Pemakanan yang tidak sihat memicu kanser usus.
FAKTA:
Kajian menunjukkan obesity, pemakanan dan gaya hidup tidak sihat serta kurang bersenam bergabung member sumbangan besar kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser usus. Gaya hidup tidak sihat itu termasuklah tabiat merokok dalam jangka masa yang lama.

MITOS 5:
Tabiat merokok dan minum minuman beralkohol menyebabkan kanser usus.
FAKTA:
Merokok dan banyak minum minuman beralkohol merupakan antara faktor yang sangat berisiko menyebabkan berlakunya kanser usus ini. Namun, risiko untuk mendapat kanser ini boleh dikurangkan dengan menghentikan kedua-kedua tabiat tersebut.

MITOS 6:
Pembersihan kolon dan detoks boleh mencegah kanser usus.
FAKTA:
Setakat ini, penyataan ini belum dapat terbukti benar. Bagi mengatakan sama ada ia benar atau tidak, masih memerlukan kajian jangka panjang sebelum ia boleh disahkan memberi manfaat.


MITOS 7:
Polip adalah kanser.
FAKTA:
Polip bukanlah kanser, tetapi ia boleh berubah menjadi kanser selepas satu jangka masa yang tertentu. Biasanya polip mengambil masa selama bertahun-tahun sebelum berubah menjadi kanser. Disebabkan itulah, individu dengan sejarah kanser usus disarankan menjalani ujian kolonoskopi bagi mengesan kahadiran polip dan membuangnya.

MITOS 8:
Kolonoskopi menyakitkan dan membuatkan rasa tidak tidak selesa.
FAKTA:
Kolonoskopi merupakan kaedah untuk melihat keadaan di dalam usus bagi mengesan kehadiran polip. Pesakit terlebih dahulu akan diberikan suntikan bius menyeluruh sebelum kolonoskopi. Pesakit tidak sedar apa yang berlaku sepanjang prosedur berlansung, maka tidak perlu bimbang rasa sakit atau tidak selesa.