Ada sesetengah bangunan yang mensyaratkan untuk
tinggalkan kad pengenalan sekiranya ingin memasuki bangunan tersebut. Bolehkah
mereka simpan kad pengenalan kita??
Tidak boleh sama sekali. Berdasarkan sumber dari
Jabatan Pendaftaran Negara.
Pengawal tidak boleh pegang MyKad orang lain. Hanya
mereka yang diberi kuasa secara bertulis saja dibenarkan memegang dan menyimpan
kad pengenalan seseorang individu, sama ada untuk memasuki bangunan kediaman,
syarikat, kementerian atau agensi kerajaan.
Semua pihak tidak boleh menyimpan kad pengenalan
orang lain, kecuali mendapat kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah JPN.
Ini bertujuan melindungi maklumat di dalam Mykad dan agar maklumat peribadi
dalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Adalah menjadi kesalahan dibawa di bawah Akta
Pendaftaran Negara 1959 kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad
pengenalan orang lain. Sekiranya pihak tersebut ingkar mereka akan dikenakan
hukuman mengikut Peraturan 25 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga
tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit
kesalahan,”
Namun demikian berdasarkan peraturan Pendaftaran
Negara membenarkan, pemilik bangunan atau pengawal keselamatan yang
bertanggungjawab berhak meneliti dan menyemak kad pengenalan dan memulangkan
semula kad pengenalan kepada pemilik selepas menelitinya. Sumber di atas saya
petik dari Harian Metro.
Berdasarkan laporan daripada website astro awani.
Pada 22/12/2016, tujuh individu sindiket jualan kad pengenalan palsu diberkas.
Mereka menjual kad pengenalan palsu dengan harga
lingkungan RM1,500 bagi kad pengenalan yang murah manakala yang mahal RM10,000
hingga RM15,000.
Berhati-hati dengan maklumat dalam kad pengenalan
anda. Jangan disebarkan ke mana-mana. Bimbang kalau berlaku kecurian identiti
atau identity theft yang akan menggunakan nama ada untuk permohonan hutang atau
kesalahan jenayah.
Sumber: Petua Viral
0 comments