Saya kecewa
dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa
mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut
pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar
kedudukan diri,"
Saya
minta maaf dan tidak bermaksud mahu menimbulkan spekulasi mengenai status
perkahwinan kami sebelum ini. Ramai yang bertanya tetapi saya terpaksa
mendiamkan diri kerana menanti masa yang tepat untuk menjelaskan
segala-galanya," katanya.
Saya
faham perasaan seorang isteri apabila mengetahui suaminya berkahwin lain. Saya
harap suami akan mempertahankan perkahwinan pertamanya kerana saya tidak mahu
berlaku perkara tidak diingini berlaku susulan pernikahan kami.
Alhamdulillah,
saya lega apabila mengetahui Intan Liana sudi menerima saya sebagai madunya.
Saya berharap kami dapat berkongsi hidup seperti satu keluarga. Saya juga
bersedia bersemuka dengannya untuk menjalin hubungan baik.
0 comments