Tuesday, 5 December 2017

Sakitnya Dua Kali Ganda Berpantang Tanpa Mawar Disisi Mommy


Setiap wanita yang bakal bergelar ibu pasti akan menunggu saat kelahiran bayi. Sudah pasti segala pantang larang dan tips penjagaan akan diikuti supaya bayi yang dikandung tidak mempunyai sebarang masalah kelak.

Namun, kita semua hanya merancang dan tiada siapa boleh menyangka bayi yang dikandung dan hanya menghitung hari untuk dilahirkan tiba-tiba tidak bernyawa.

Ianya memang sangat perit untuk diterima malah ianya boleh menganggu emosi ibu yang terpaksa berpantang tanpa bayi disisi. Perkongsian dari Puan Norwaqiah ini amat menyentuh hati. Salam takziah e kepada beliau semoga beliau dah keluarga tabah dan ketentuan ilahi.

Ianya memang sangat perit untuk diterima malah ianya boleh menganggu emosi ibu yang terpaksa berpantang tanpa bayi disisi. Perkongsian dari Puan Norwaqiah ini amat menyentuh hati. Salam takziah diucapkan kepada beliau semoga beliau dah keluarga tabah dan ketentuan ilahi.

"Redha Bila Doktor Sahkan Mawar Dah Tak Ada"

Kalau ikutkan due date tarikh hari ni cukup Mawar 40weeks.

24/11/17 = Mawar kurang gerak tapi perot mommy mengeras. Mommy ingat Mawar nak carik jalan sebab memang tengah tunggu hari je. Mommy ajak daddy pergi hospital tak sedap hati. Pergi hospital misi tak jumpa denyutan jantung Mawar.

Allah masa tu mommy dah doa minta keajaiban. Sepanjang perjalanan dalam ambulans nak ke HSA mommy harap diorang salah, mommy berharap Mawar ada lagi. Bila doctor pakar sahkan memang Mawar dah takde, mommy redha.
"Sakit Tapi Sakit Lagi Jiwa Dan Perasaan Mommy"

25/11/17 = Tak tahu nak cakap perasaan macam mana bila tengok perot memboyot lagi tapi dalam perot dah tak bernyawa. Mommy macam terasa lagi tendangan Mawar dalam perot. 6.30 pagi mommy kena masuk ubat untuk buka jalan.

Bagi masa 6 jam tapi masa ni sakit takde lagi so memang jalan tak buka langsung. Pukul 2.30 masuk ubat kali ke2. Masa ni sakit construction dah ada. Allah, memang sakit sangat tapi tak sesakit jiwa dan perasaan mommy kehilangan Mawar.

26/11/17 = pukul2 ptg bukaan jalan dah 4cm, diorang cakap labour room penuh kena tunggu. Pukul6 lebih baru mommy dapat masuk labour room. Pukul 8 Mawar selamat melahirkan. Allah masatu mommy mengharap mommy dapat dengar tangisan Mawar tapi takde.

27/11/17 = Alhamdulillah Mawar selamat dikebumikan. Anak mommy Mawar Medina, Mommy rindu Mawar! Mommy cuma ada kain alas Mawar je untuk hilangkan rindu. Mommy belum kuat untuk terima semua ni. Mommy perlukan masa. Berpantang tanpa Mawar dua kali ganda kesakitan mommy tanggung. Doakan mommy kuat dan tabah.


Sumber: Kaki Share