DUBAI – Seorang juruteknik menikam
penyelianya hingga mati hanya kerana permohonan cuti tidak diluluskan.
Dalam kejadian di Dubai, Emiriah Arab
Bersatu, juruteknik warga Pakistan berusia 25 tahun itu dilapor bertanya kepada
mangsa tentang status permohonan cutinya yang telah dihantar seminggu sebelum
itu.
Apabila pertanyaannya tidak dilayan,
suspek naik berang dan terus menyerang dan menikam mangsa di dada dan perut
bertalu-talu dengan pisau.
Menurut laporan Khaleej Times, suspek
juga cuba menyerang rakan sekerjanya menggunakan pisau sama, namun gagal
apabila rakannya berjaya mengelak dan menjatuhkan pisau tersebut.
Suspek yang didakwa di mahkamah Dubai
pada Ahad membuat pengakuan yang dia menikam penyelianya selepas berlaku
perbalahan di antara mereka pada Ogos, namun menafikan dia merancang melakukan
pembunuhan itu.
Saksi polis di lokasi kejadian berkata
suspek dipercayai membunuh bosnya disebabkan konflik tempat kerja dan kemudahan
penginapan.
Autopsi terhadap mangsa mengesahkan
dia maut akibat kecederaan parah pada paru-paru dan hati.
Kes akan disebut semula pada 14
Januari tahun depan.