
Seorang lelaki berusia 40 tahun dimasukkan ke hospital selepas
dia didapati lumpuh secara tiba-tiba yang dipercayai berpunca dari masalah di
bahagian lehernya, lapor portal Sohu.
Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Wang dari Chengdu,
China, mempunyai tabiat baring di katilnya selepas seharian bekerja dan bermain
permainan digital di telefon pintarnya selama dua ke tiga jam setiap hari.
Satu hari, Wang menyedari badannya tidak dapat menggerakkan badannya dari
bahagian perut ke bawah.
Wang kemudian dihantar ke hospital dan doktor segera melakukan
pemeriksaan dan pembedahan kecemasan terhadapnya.
Laporan awal perubatan mendapati, Wang menderita cervical
spondylosis (sakit tulang leher) yang menjejaskan tulang belakang serviks. Ia
boleh menyebabkan penyempitan ruang yang diperlukan saraf tunjang dan akar
saraf yang melalui tulang belakang seluruh badan.
Keadaan seperti ini biasa terjadi pada golongan warga tua. Namun
untuk Wang, ia berlaku dengan pantas kerana pekerjaannya memerlukan dia
sentiasa menundukkan kepala dan membengkokkan lehernya.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila Wang kerap baring
bermainan permainan di telefon pintarnya selama beberapa jam.
Doktor berkata, rupa-rupanya Wang telah mengalami rasa tidak
selesa dan sakit di bahagian lehernya sudah sekian lama. Keadaan itu juga
menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk berjalan dan berdiri.
Keadaan ini berlaku kerana beberapa hari sebelum kejadian, Wang
telah menangguhkan pemeriksaan perubatannya dan ketika menjalani pemeriksaan,
dia secara tiba-tiba lumpuh separuh badan.
Doktor telah menjalankan pembedahan kecemasan pada Wang dan dia
kini dilaporkan semakin pulih. Walau bagaimanapun doktor tidak pasti sama ada
badan wang akan mampu pulih sepenuhnya.
Sumber: Terengganu Times