Tuesday, 19 December 2017

Lelaki Lebih Banyak Mengalami Masalah Membuang Air Besar


YA itu benar. Wanita akan sedaya upaya untuk tidak terlibat dalam masalah semasa membuang air besar. Itu memang sifat semula jadi. Mereka akan berasa malu sekiranya terlibat isu berbangkit dengan tandas seperti najis seperti bau busuk, sukar membuang air besar dan sebagainya.

Lebih memalukan sekiranya perkara tadi terjadi di tandas awam. Justeru itu, segala usaha untuk melancarkan perkumuhan akan dilakukan oleh wanita. Berbeza dengan lelaki, masalah ini bersifat lebih umum dan terbuka. Jadi tidak ada apa yang perlu dibimbangkan sehingga masalah membuang air besar lebih banyak ‘mengheret’ kaum lelaki berbanding kaum wanita.

Senaman Elakkan Masalah?

Senaman baik untuk secara menyeluruh, meningkatkan metabolisme dan mengurangkan rangsangan rasa lapar. Kelebihan ini menjadikan seseorang itu tidak terlalu mengasak perut mereka menerima makanan dengan banyak. Kadar makanan yang masuk secara sederhana ini membantu perut, usus, dan proses pencernaan menjadi lancar.

Kaitan Pedas & Perit Semasa Buang Air Besar

Mengapa berasa perit semasa membuang air besar terutama selepas makanan pedas? Kerana makanan ini memicu rasa alahan. Sensasi pedas ini meransang tindak balas tubuh menyebabkan najis ditolak keluar lebih cepat semasa melalui saluran najis. Itulah punca anda berasa sedikit perit semasa membuang air besar.

Adakah Saya Keracunan Makanan?

Adakah makanan kemudian mengalami cirit-birit? Menghidapnya tanpa loya berkait dengan makanan yang diambil. Mungkin makanan yang mengandungi fruktosa atau gluten. Gula tiruan dan alcohol yang anda ambil juga menjadi punca cirit-birit. Memastikan kebenarannya, anda perlu buat catatan makanan tercemar simptom ini petanda anda keracunan makanan. Dapatkan pemeriksaan doktor.

·         Sembelit Dan Berketul-Ketul

Sembelit! Pasti perit dan menyebabkan anda perlu ‘bertapa’ semata-mata untuk meneran membuang bahan buangan. Kurang minum air – itulah yang cuba ‘dibicarakan’ kepada anda melalui najis anda. Elakkan sembelit, makan makanan yang tinggi magnesium seperti kuaci, kacang soya dan banyak minum air dan ambil makanan tambahan daripada sumber zat yang sama.
Load disqus comments

0 comments