Ramai
yang bertanya, bagaimana kronologi kes Cikgu Azizan yang tular di media sosial,
apakah punca beliau didakwa di mahkamah, dan banyak lagi persoalan yang timbul.
Berikut adalah
serba sedikit perjalanan kes beliau:
31
Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan
pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.
Beliau
tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di
atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin
sebanyak RM500
Semasa
proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap
mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan
lain-lain.
Azizan Manap atau Cikgu Azizan
Dalam
lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah. Tangan beliau DIGARI bersama seorang
pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk
urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.
Dakwaan
ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan
sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:
· Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan
turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta. Kesalahan tersebut
dilakukan sejak 2016
·
Buli
·
Memukul murid lain
·
Ponteng dengan memanjat pagar sekolah
27
November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah
kepada beliau.
19
Disember 2017: Perbicaraan akan bermula.
Kita
doakan beliau tabah dan bersabar atas ujian ini, walau kita tidak mengenali
tetapi kita semua tetap bersama. Ini hari beliau, mungkin nanti tiba hari kita.
Walau
di mana pun kita berada zahirkan sokongan anda, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah,
kita gunakan semaksimanya media yang ada, gunakan hastag #PrayForCikguAzizan
Sumber:
Terengganu Times