Jika anda rasa hampir putus asa dalam
dunia pekerjaan yang mencabar dan memberi tekanan, mungkin anda kena fikir
semula dan lebih bersyukur atas rezeki yang ada.
Ini kerana di luar sana, di
tengah-tengah lautan, ada seorang penjual aiskrim yang perlu berenang jauh
meredah arus saban hari hanya untuk mencari sesuap nasi daripada pendapatan
menjual aiskrim.
Kisah lelaki Filipina tersebut tersebar
apabila seorang pengguna Facebook yang membeli aiskrimnya berkongsi pengalaman
menjadi pelanggan lelaki itu di tengah lautan Lian, Filipina.
Abbey Ann Hernandez yang tersentuh hati
melihat kegigihan lelaki itu mencari rezeki berkongsi beberapa foto ketika
membeli aiskrim daripadanya.
Seluruh warga media sosial turut
berkongsi perasaan sama tatkala melihat gambar-gambar yang menyentuh hati namun
menimbulkan hormat terhadap usaha keras lelaki itu.
“Apabila melihat dia, saya terus
tergerak hati mahu membeli aiskrimnya,” luah Abbey.
Perkongsian itu terus mendapat respon
warga alam maya, yang mengagumi kegigihan lelaki berkenaan mencari rezeki.
“Saya tabik! Semoga Tuhan merahmati awak,” ujar
Melanie Nerido Grengia.
Ailyn Ochea pula, menyarankan agar orang
ramai membeli kesemua aiskrim yang dijualnya.
Celine Joyce Mandap Dula menulis,“Hatiku
menangis melihat gambar ini”.
Dalam pada itu Chin Necia memberi komen
sebagai peringatan semua bahawa masih ramai lagi yang susah di luar sana.
“Apabila anda fikir pekerjaan
andalah yang paling sukar, fikirkan semula!” katanya.
Jika di tengah lautan pun masih ada
rezeki, janganlah kita berdolak dalik kononnya susah mendapatkan pekerjaan di
tempat selesa. Lelaki penjual aiskrim ini telah mencipta pekerjaannya sendiri
tanpa menunggu orang lain memberinya pendapatan.