SUBANG
JAYA – Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dilaporkan telah dicabul oleh datuk
tirinya sendiri di kediamannya di USJ 9, di sini.
Warga
emas berkenaan yang berusia 66 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas
dipercayai mencabul kanak-kanak malang tersebut.
Kejadian
itu telah berlaku kira-kira pukul 12:30 tengahari Isnin lalu di rumah suspek.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Choo Lily melaporkan bahawa
kejadian berkenaan telah disedari oleh bapa mangsa ketika mengambilnya daripada
rumah warga emas terbabit.
“Mangsa
menyatakan rasa sakit di bahagian kemaluan dan memberitahu ibunya, datuk ada
memasukkan sesuatu ke dalam kemaluan mangsa.
“Mangsa
kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut,”katanya.
Ibu
mangsa juga turut telah menghidu bau busuk dari kemaluan anak kecilnya itu.
Pihak
polis telah berjaya menahan suspek di rumahnya semalam bagi mendapatkan
perintah reman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut terhadapnya.
Pihak
berkuasa juga masih lagi menjalankan siasatan sama ada mangsa tinggal bersama
suspek atau hanya dihantar sementara ke rumah suspek.
Kes
itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap
Kanak-Kanak 2017.
Sumber: Sehinggit Media
0 comments