Saturday, 16 December 2017

Bapa Durjana Kurung, Rogol Anak Tiri Sehingga Lahirkan 9 Anak



 Seorang bapa tiri durjana di Oklahama, Amerika Syarikat didapati mengurung anak tirinya selama 19 tahun sehingga melahirkan sembilan anak.

Henri Piette, 63 tahun, menculik anak tirinya Rosalynn McGinnis sejak dia berusia 12 tahun dan ‘mengahwininya’ secara haram.

Rosalynn kemudian dibawa tinggal bersamanya di dalam khemah di sebuah kawasan pedalaman di Mexico.

Henri kali pertama merogol Rosalyn ketika dia berusia 11 atau 12 tahun di bilik mangsa di Wagoner, timur Oklahoma.

Henri juga membawa Rosalyn di dalam sebuah van untuk menjalani upacara ‘perkahwinan’ di mana mangsa diberi sebentuk cincin.

Rosalyn melahirkan dua anak ketika dia belum pun berusia 18 tahun dan tujuh lagi bayi selepas itu.

Rosalyn yang kini berusia 33 tahun berjaya melarikan diri daripada Henri tahun lepas dan mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Amerika Syarikat di Mexico.

Henri ditangkap pada Oktober dan diekstradisi ke Amerika Syarikat. Dia kemudian didakwa di Mahkamah Persekutuan Oklahama atas pertuduhan menculik dan membawa lari gadis bawah umur dengan tujuan mengadakan hubungan seks.

Henri juga berdepan pertuduhan mencabul, rogol mangsa bawah umur dengan niat, dan penderaan kanak-kanak hingga menyebabkan kecederaan.

Jika didapati bersalah menculik, dia bakal dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan denda AS$250,000.

Sumber: Terengganu Times