Bangkok:
Polis tempatan menahan seorang wanita yang didakwa membayar untuk menyaksikan
sesi seks langsung menerusi aplikasi sembang Line membabitkan sepasang suami
isteri dan anak lelaki mereka berusia tiga tahun, dalam pada tindakan
undang-undang bakal dikenakan terhadap kira-kira 100 penonton lain.
Pathumporn
‘Aye’ Mangkornchaiya, 27, ditahan pada lewat Khamis dan didakwa atas tuduhan
pemerdagangan manusia, jenayah komputer serta pelanggaran undang-undang
perlindungan kanak-kanak.
Ketua
Polis Phitsanulok Kolonel Polis Songpol Sangkasem berkata, pihaknya akan
menyoal siasat wanita itu dalam usaha memburu seorang lagi suspek yang
dipercayai mengupah keluarga berkenaan untuk melakukan acara seks langsung
berkenaan.
Katanya,
100 penonton dalam kumpulan sembang berkenaan juga berdepan tindakan
undang-undang.
Pasangan
suami isteri yang dilaporkan membuat persembahan seks dengan anak lelaki mereka
itu ditahan polis.
Minggu
lalu, ibu berusia 25 tahun itu ditahan di Phitsanulok, manakala anaknya kini
dalam jagaan jabatan kebajikan. Wanita yang mencari rezeki sebagai penjual buah
itu diupah 400 baht (RM50) untuk melakukan acara seks terbabit dengan anak dan
suami barunya.
Suaminya
menyerah diri, Isnin lalu. Ibu bapa berkenaan didakwa atas tuduhan
pemerdagangan manusia, jenayah komputer, pencabulan kanak-kanak dan
menggalakkan salah laku kanak-kanak. – Agensi
©
New Straits Times Press (M) Bhd