Antara kes-kes gangguan yang pernah dirujuk pada saya ialah masalah rumah atau premis yang mengalami gangguan.
Jadi, dalam artikel kali
ini, saya akan kongsikan dengan anda apakah tanda-tanda yang biasanya dialami
apabila rumah atau premis perniagaan anda mengalami gangguan jin.
1) Bau
wangian/kemenyan/busuk/hanyir/hangit yang tidak diketahui puncanya.
2) Bayi kerap menangis
bila berada di dalam rumah/premis perniagaan.
3) Benda bergerak atau
berubah tempat dengan sendirinya.
4) Bunyi paip air dibuka
di tandas atau di bilik air.
5) Bunyi perabot, benda
berat, tukul besi diseret atau dihempas di rumah atas. Ini biasanya berlaku
pada rumah flat, apartment atau kondominium.
6) Bunyi guli, bola
ping-pong, menumbuk dengan lesung di rumah atas. Juga biasanya berlaku pada
rumah flat, apartment atau kondominium.
7) Bunyi orang berjalan di
bahagian atas rumah. Ini kalau rumah dua tingkat.
8) Bunyi pasir, benda
berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah.
9) Bunyi sesuatu mencakar
bumbung, pintu atau tingkap.
10) Kedai atau pejabat
tidak dapat dilihat oleh pelanggan. Ada sesetengah kes yang melaporkan
pelanggan melihat kedai mereka seperti tidak beroperasi (tutup).
11) Lampu atau alat
eletrik terpadam dengan sendiri.
12) Makanan yang telah
dimasak mudah menjadi basi.
13) Melihat lembaga, jin,
atau hantu secara terus.
14) Mendengar suara
berbisik, menyergah atau memanggil nama.
15) Nampak kepulan asap
hitam, atau putih di dalam rumah atau premis perniagaan.
16) Pintu atau tingkap
bergegar atau terbuka dengan sendirinya.
17) Rasa gelisah tanpa
sebab bila berada di dalam rumah atau premis perniagaan.
18) Sering terasa seram
bila berseorangan di dalam rumah atau premis perniagaan.
19) Selalu melihat
kelibat/bayangan di dalam rumah atau premis perniagaan.
20) Sering kehilangan wang
secara tiba-tiba.
21) Sering terjaga di
waktu malam atau tengah malam.
22) Seseuatu menyentap
kaki semasa sedar atau ketika tidur.
23) Suami isteri/penghuni
rumah/pekerja kerap bertengkar walaupun disebabkan perkara kecil.
24) Suhu di dalam rumah
atau premis perniagaan terasa aliran bahang panas.
25) Tanda lebam pada
anggota badan.
26) Terasa ada lembaga
tidur bersama, bersetubuh, menggangu ketika sedang tidur.
27) Terasa diri selalu
diperhatikan atau diekori.
28) Terasa bahu ditepuk
dari belakang.
29) Terasa terkena
renjissan air.
30) Udara di dalam rumah
atau premis perniagaan berasa mampat dan sebagainya.
Penting untuk saya
jelaskan pada anda di sini, jika rumah atau premis perniagaan anda mengalami
sekurang-kurangnya tiga dari tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa dengan
perawat Islam yang diyakini kaedah rawatannya untuk mendapatkan ikhtiar
rawatan.
Selain itu, ada sesetengah
tanda di atas menunjukkan yang gangguan sebenarnya berada di dalam diri
pesakit, bukan pada rumah atau premis perniagaan. Jadi dalam kes ini,
pesakitlah yang perlu dirawat terlebih dahulu.
Sumber: Nasihat ustaz