Assalamualaikum admin, mohon hidekan profil fb ni
ye..saya pinjam kawan saye punye fb. Cerita dia macam nie, aku ni seorang suami
umur 32 tahun dan isteri aku pulak 30 tahun. Kami dah kawen 4 tahun dan baru
dikurniakan zuriat bulan ogos hari tu. ALHAMDULILLAH. Tapi selama isteri aku
mengandung aku ade berkenalan dengan seorang perempuan nie umur dia 23tahun.
Aku berkawan mula2 anggap macam adik lama2 aku dah jatuh hati dekat dia. Aku
dah jumpe family dia bincang aku serious nak nikah dengan dia. Aku janji bulan
11 aku nikah dengan dia. Dia baik sangat min. Dia bukan mata duitan. Malah
kalau keluar makan ke ape dia banyak support dan keluar duit. Dia sanggup susah
senang dengan aku.
Aku sayang jugak isteri aku. Tapi rumah tangga mana
yg takde masalah betul tak? 4 tahun aku bersabar min, isteri aku tak jaga makan
minum aku. Asyik-asyik suruh makan kedai dan beli bungkus. Kadang-kadang nak
beli untuk isteri, kite dok rumah mak mertua so nak tak nak kenalah beli untuk
adik beradik dia sekali kat umah tu.. kalau hari-hari parah laa..lagi satu bile
aku minta BERSAMA sebelum selama kawen laa..dia asyik tolak je dan suruh aku
tengok BLUE jee..so aku macam dah tawar hati..perempuan aku kenal tu ada
ciri-ciri aku nak. Sopan, pandai masak, boleh jaga hati aku, berpelajaran.
Isteri aku ni kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok. Bile nak maki suke hati
dia je.. walaupon depan mak bapak dia.. aku ni diam jelaa.. kadang-kadang aku
malu.. aku dah lama pendam min. Hati aku sakit sangat.. banyak jaga hati dia.
Aku banyak luah kat perempuan aku kenal tu. Dia
terlalu baik min. Dia banyak sabarkan aku. Dia ada cakap nak undur diri sebab
takut bini aku meroyan atau mengamuk, tapi aku cakap janganlah..kite dah
jauh..aku tak boleh hidup tanpa dia..asyik teringat dia je min..
Nak jadikan cerita, aku kantoi dengan isteri aku dan
keluarga mertua aku tentang hubungan aku dan perempuan tu. Dia suruh aku
lupakan perempuan tu. Masalahnya min perempuan tu tengah mengandungkan anak aku..aku
buat macam tu supaya takde laki boleh amik dia selain aku. Aku memang nak
bersama dia. Isteri aku siap buat surat perjanjian kalau contact perempuan tu
jatuh talak dan perempuan tu masuk Penjara. Aku kesian keadaan bakal isteri aku
tu min. Dia mengandung mesti perlukan aku.
Sumpah dia buat aku macam nie(ugut2 aku)..serious
aku tak bahagia pon min.
Aku tak boleh tipu diri aku. Aku cintakan perempuan
tu lebih tapi isteri aku, sebab aku sayang dia jee..tak lebih pon..sebab aku
dah banyak makan hati kot. Asyik ikut telunjuk dia..aku nak jumpa kawan pon tak
bagi. Nak lepak pergi jamming pon bising2.
Aku nak minta pendapat, aku taknak ceraikan bini aku
sebab aku fikir anak. Tapi mase yang sama aku nak tanggungjawab dengan bakal
isteri aku..aku rasa apa dia rasa..hari-hari aku menangis rindukan dia..aku nak
nikah dengan dia..(Bagilah pendapat yg baik-baik) janganlah kecam bakal isteri
aku perampas dia bukan macam tu aku yang beria nak dia..aku tahu aku dah buat
dosa tapi aku nak tebus balik..nak tanggungjawab..aku pendosa tanpa noktah..
Sumber: Gelombang Viral
geng wokyoh