KOTA KINABALU: Akibat kehilangan banyak darah ketika
melahirkan bayi lelaki, seorang wanita ditemui mati di tandas sebuah hotel di
Jalan Pantai, di sini pada Selasa. Mayat wanita berusia 24 tahun ditemui
oleh pekerja hotel sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut, jam
7.30 pagi.
Turut ditemui seorang bayi lelaki cukup sifat yang
selamat di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu M Chandra berkata,
siasatan mendapati tempat kejadian berlaku sebuah bilik penginapan di tingkat 3
hotel berkenaan.
“Mangsa berada di hotel itu sejak pagi semalam dan
kejadian disedari pekerja hotel lalu menghubungi polis untuk mendapatkan
bantuan.
“Sebaik sahaja tiba mangsa disahkan meninggal dunia
dan keadaan di tandas berlumuran darah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Chandra berkata, hasil siasatan ke atas mangsa tidak
ada sebarang kecederaan dan punca kematian dipercayai kehilangan banyak darah
ketika melahirkan.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital
Queen Elizabeth (HQE) untuk menjalani pemeriksaan badah siasat ia akan
dijalankan selepas keluarga mangsa dikesan.
“Manakala bayi lelaki yang selamat dilahirkan dibawa
ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut dan siasatan masih diteruskan,” katanya.
Sumber: Sehinggit.com
geng wokyoh